Sabtu, 11 Disember 2010

APLIKASI RUKUN IMAN DAN KESAN-KESAN TERHADAP KEHIDUPAN HARIAN

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qad


PERCAYA KEPADA ALLAH
ALLAH adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Allah adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya.Allah banyak dikenalkan didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab suci mereka.Di Indonesia dan Malaysia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah" bagi menggambarkan God the Father walaupun dalam pengucapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan "Tuhan", "Lord" atau "God". Dalam terjemahan kitab Bible versibahasa Melayu contohnya, perkataan "Allah" digunakan sebagai ganti kepada perkataan Bahasa Inggeris "God", dan ini masih lagi diperdebatkan. Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat besar dari apa yang sesetengah orang jangkakan, kerana terjemahan lain seperti the Pagan gods atau Zeus, King of the God boleh diterjemahkan sebagai allah-allah Pagan juga Zeus, Raja Segala Allah.
Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang Esa.
Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Muhammad. Islam menolak penjelmaan Tuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.
Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.
Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan.
 Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
 Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
 Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.
Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah SWT.
Sesungguhnya siapa saja yang mempunyai akal akan mampu membuktikan hanya dengan adanya benda-benda yang dapat diindera. Bahawa di balik benda-benda itu pasti terdapat Pencipta yang telah menciptakannya. Sebab, kenyataan menunjukkan bahawa semua benda itu bersifat serba kurang, sangat lemah, dan saling memerlukan. Ini saja sudah menunjukkan bahawa segala sesuatu yang ada hanyalah makhluk. Jadi untuk membuktikan adanya Al-Khaliq Yang Maha Pengatur, sebenarnya cukup hanya dengan mengarahkan perhatian manusia terhadap benda-benda yang ada di alam semesta, fenomena hidup, dan diri manusia sendiri. Dengan mengamati salah satu planet yang ada di alam semesta, atau dengan merenungi fenomena hidup, atau meneliti salah satu bagian dari diri manusia, akan kita dapati bukti nyata dan meyakinkan akan adanya Allah SWT.
Tauhid dan Keesaan Allah
Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:
 Tauhid Ar-Rububiyyah
 Tauhid Al-Uluhiyyah
 Tauhid Al-Asma' Was-Sifat
Tauhid Ar-Rububiyyah
Ia ialah pengesaan Allah dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; firman Allah: "Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirman Allah: "Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]
Tauhid Al-Uluhiyyah
Ia ialah pengesaan Allah dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah Ta`ala dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.
Tauhid Al-Asma' Was-Sifat
Ia ialah pengesaan Allah dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasulullah; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan.
Contoh hal itu: Bahawa Allah telah menamakan diri-Nya dengan Al-Hayyi l-Qayyum [Yang Hidup, Yang Tertegak]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan Al-Hayy bahawa ia satu nama daripada nama-nama Allah, dan wajib ke atas kita untuk beriman dengan apa-apa yang dikandungnya oleh nama ini daripada ciri; dan ia ialah kehidupan yang sempurna yang tidak didahuluï dengan tiada, dan tidak diikutinya kebinasaan.
Dan Allah telah menamakan dirinya dengan As-Sami`u l-`Alim [Yang Mendengar, Yang Mengetahuï]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan As-Sami` sebagai satu nama daripada nama-nama Allah, dan dengan As-Sam`I satu sifat daripada sifat-sifat-Nya, dan dengan sesungguhnya dia Mendengar, dan itulah hukum yang dikehendakinya oleh nama itu dan sifat itu; maka sesungguhnya mendengar tanpa pendengaran atau pendengaran dengan tiada kebolehan mendengar, ini ialah sesuatu yang mustahil, dan di atas hal ini, maka qiyaskanlah. Ibnu `Usaymin Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.
Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.
Para penterjemah kitab Bible dan mubaligh Kristian terutama di dalam masyarakat yang majoritinya beragama Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada tuhan. Tindakan ini dipercayai untuk memudahkan penyebaran agama Kristian dan pemahaman di kalangan masyarakat tempatann
Bagi umat Kristian Arab dan Indonesia tidak ada perkataan lain untuk 'Tuhan' selain 'Allah'.Arab Kristian misalnya menggunakan istilah-istilah Allāh al-ab (الله الآب) bermakna Tuhan yang Bapa, Allāh al-ibn (الله الابن) bermakna Tuhan yang Anak, dan Allāh al-rūḥ al qudus (الله الروح القدس) bermakna Tuhan yang Roh Kudus. Lihat Tuhan dalam agama Kristian untuk konsep Tuhan Kristian. Bagaimanapun di kalangan masyarakat Kristian Arab sendiri, mereka mula mengelakkan diri daripada menggunakan "Allah" bagi merujuk tuhan dan menggantikannya dengan "Al-Ilaah" untuk Tuhan dan "Rabb" untuk "Lord".
Penganut Kristian di negara barat pula menganggap tidak wajar memanggil nama Tuhan Kristian dengan nama "Allah" kerana doktrin keagamaan yang berbeza di antara orang Islam dan Kristian boleh membawa kepada kekeliruan.Malah sesetengah mereka mendakwa "Allah" berasal daripada Tuhan masyarakat pagan Arab (musyrikin Arab).


PERCAYA KEPADA RASUL DAN NABI-NABI
Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi.
Sedangkan Iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli.
Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
Jumlah Nabi dan Rasul
Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 313 orang( Menurut riwayat ) . Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.
Ulul Azmi
Rencana utama: Ulul Azmi
Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam (Tauhid al-Islami).
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Antara yang telah mendapat gelaran Ulul Azmi adalah
1. Nabi Nuh a.s.
2. Nabi Ibrahim a.s
3. Nabi Musa a.s
4. Nabi Isa a.s
5. Nabi Muhammad s.a.w
Rasul yang wajib diketahui
Antara para nabi dan rasul yang wajib orang Islam ketahui ialah:
1. Nabi Adam a.s. (Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
2. Nabi Idris a.s.
3. Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Hud a.s.
5. Nabi Salih a.s.
6. Nabi Ibrahim a.s. (bapa kepada Nabi Ismail a.s. & Nabi Ishaq a.s.)
7. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
8. Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ishaq a.s.)
9. Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ismail a.s.)
10. Nabi Ya'akub a.s. (anak Nabi Ishaq a.s.)
11. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syu'aib a.s. (bapa mertua Nabi Musa a.s.)
14. Nabi Musa a.s. (saudara Nabi Harun a.s.)
15. Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
16. Nabi Zulkifli a.s.
17. Nabi Daud a.s. (bapa Nabi Sulaiman a.s.)
18. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
19. Nabi Ilyas a.s.
20. Nabi Ilyasa’ a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad s.a.w. (Penghulu segala Nabi & Rasul, juga sebagai Nabi & Rasulullah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)

PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Perkataan malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Muslim wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).
Beriman dengan tafsil
Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.
Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Nama Arab Tugas
Jibrail
جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail
ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil
إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat

Izrail
عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar
منكر Menyoal mayat di dalam kubur.

Nakir
نكير Menyoal mayat di dalam kubur.

Ridhwan
رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik
مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib
رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid
عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.
Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.
Beriman dengan ajmali
Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.
Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
 Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
 Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
 Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
 Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
 Malaikat Harut dan Marut
Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.
Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda:
Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)
Sejarah Malaikat
Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.
Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun mereka telah diberi keampunan oleh Allah s.w.t.

PERCAYA KEPADA KITAB
Kitab (Bahasa Arab: کتاب‎) salah satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:
1. Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
2. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
3. Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
4. Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
Iman Kepada Kitab
Iman terhadap Kitab-Kitab Allah SWT dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnya aqli, kerana Al-Quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat diindera sepanjang zaman.
Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah SWT tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah SWT dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya.
Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah SWT dan diturunkan kepada Rasul. Kerana itu dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal - di setiap zaman - tidak mampu menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah SWT dan akal tidak mampu mengindera kemukjizatannya.

PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT
Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.
Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Nabi Ibrahim a.s. atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.
Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam
Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda-tanda besar
 Hijaunya bumi arafah.
 Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
 Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
 Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
 Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
 Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
 Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
 Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)laut merah kering.
 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
 Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
 Bermulalah kekuasaan Dajjal.
 Munculnya Imam Mahdi.
 Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
 Matahari terbit dari ufuk barat.
 Terdengar tiupan sangkakala pertama
Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
 Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]

 Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
 Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
 Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

 Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
 Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
 Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan keduduKAN
 Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
 Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
 Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
 Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
 Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

 Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
 Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
 Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
 Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
 Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
 Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
 Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
 Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-
 Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
 Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
 Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
 Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
 Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
 Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
 Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
 Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
 Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fASIKH
 Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnyapenyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

 Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
 Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
 Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
 Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

 Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

 Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

 Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

 Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim

 Banyaknya berlaku gempa bumi
 Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
 Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”
 Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
 Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataanbahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.
Nama-nama hari kiamat dalam Islam
Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:
Rumi (transliterasi) Arab Terjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯ يوم القيامة Hari kebangkitan
al-Sā'aṯ الساعة Waktu
Yawm al-Akhīr يوم الآخر Hari Akhir
Yawm al-Dīn يوم الدين Hari akhir (agama)
Yawm al-Faṣl يوم الفصل Hari keputusan
Yawm al-Ḥisāb يوم الحساب Hari perhitungan
Yawm al-Fatḥ يوم الفتح Hari pengadilan
Yawm al-Talāq يوم التلاق Hari perpisahan
Yawm al-Jam'(i) يوم الجمع Hari pengumpulan
Yawm al-Khulūd يوم الخلود Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj يوم الخروج Hari Keluar
Yawm al-Ba'th يوم البعث Hari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯ يوم الحسرة Hari penyesalan
Yawm al-Tanād يوم التناد Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯ يوم الآزفة Hari mendekat
Yawm al-Taghābun يوم التغابن Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īd يوم الوعيد
Yawm al-Aẕīm اليوم العظيم Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd اليوم المشهود Hari penyaksian
al-Qāri’aṯ القارعة Bencana yang menggetarkan
al-Ghāsyiaṯ الغاشية Bencana yang tak tertahankan
al-Ṣākhkhaṯ الصاخة Bencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrā الطامة الكبرى Bencana yang melanda
al-Ḥāqqaṯ الحاقة Kebenaran besar
al-Wāqi'aṯ الواقعة Peristiwa besar



PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR
Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-
Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal.
Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.
Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan olehAllah.
Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.
Allah juga mahukan kita berusaha sebelum Qada dan qadar seseorang itu diubah:-
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11)
[2]
Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..

KESAN IMAN DALAM KEHIDUPAN
Di dalam rukun Islam, perkara yang terkandung di dalamnya ialah perbuatan zahir yang boleh dilihat atau dirasai. Sebagai contoh, solat adalah salah satu rukun Islam, ia adalah satu perbuatan ibadah yang jelas dan zahir, penuh dengan rukun dan tartib dari takbiratul ihram hingga menunaikan salam.
Di dalam rukun iman, ke enam-enam perkara tersebut tidak boleh di lihat dengan mata ksar, namun ia merupakan satu bentuk kepercayaan di dalam diri sendiri. Kekuatan iman adalah merupakan hidayah dari Allah, namun setiap muslim hendaklah melakukan seberapa banyak amalan bagi membolehkan hidayah Allah dapat diterima.
Sebagai contoh, percaya kepada hari kiamat. Ia masih tidak berlaku namun kewujudannya benar-benar tersemat di dalam diri sehingga tiada siapa boleh mengubahpun. Kekebalan terhadap kepercayaan ini seumpama setiap manusia mempercayai bahawa satu tambah satu adalah dua. Buatlah apa kaedah sains atau teknologi untuk mengatakan jawapan satu tambah satu adalah bukan dua, setiap orang pasti tidak mempercayainya.
Ia kerana kepercayaan itu tersemat dengan jelas di dalam diri sendiri, apatah lagi secara logiknya ia boleh dibuktikan. Di dalam soal iman ini, kita juga hendaklah meletakan seratus peratus kepercayaan tehadap setiap yang terkandung di dalam ajaran Islam bagi membolehkan kekuatan iman kita menebal tanpa merasa tergugat walau banyak ujian yang telah kita lalui.
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam aqidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:
1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kesempurnaan dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t:
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)
2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul- rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya.(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat KukuhkekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)
6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)
Dan firman Allah s.w.t;
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).
7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang- undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t:
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)
8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
9. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w:
"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)
10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhana(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa' (kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainan dengan segala makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga menemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya dari segala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifatsifatNya dan perbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup yang penuh dengan kesempurnaan.
Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masih banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya sendiri.
11. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata- mata tidak menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata- mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
12. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya. Allah s.w.t menjelaskan:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al- nur 24: Ayat 52)
Firman Allah s.w.t seterusnya:
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)
13. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)
FirmanNya lagi:
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al- Zukhruf 43: Ayat 36-37).
14. Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan